Jan 23, 2011

Cakap Tak Serupa Bikin, Itulah Kerja Taib Dan Kuncunya Awang Tengah

Lo… lagi-lagi Taib nak pusing fakta. Awang Tengah pun diajarnya turut pusing fakta. Taib ni cukup licik. Tak hairanlah aku tengok dia bergayut-gayut pegang jawatan Ketua Menteri selama 30 tahun.
Enjoy, Tapi Rakyat Sedang Meronta-Ronta Keperitan Hidup..
Dalam program Dialog RTM tv1 jam 10 malam hari Rabu lalu, Taib kata, di Sungai Asap dan Belaga, semuanya bagus tak ada masalah. Di seluruh Sarawak juga baik, tak ada masalah. Awang Tengah, kuncu nombor satu Taib pun turut kata begitu dalam program Bicara Rakyat RTM tv1 jam 10 malam pada hari Jumaat lalu. Kedua-dua orang ini sama aja. Kedua-dua rambut pun aku tengok beruban. Kedua-kedua mereka kata, semua masalah di Sarawak ni tak serious, tak besar.
Inilah Awang Tengah

Dalam kedua-dua rancangan tersebut, kedua-dua mereka menyalahkan kemerosotan ekonomi dunia tahun 1998 sebagai punca utama masalah di Sungai Asap. Pandai betul Taib dan Awang  Tengah ni nak melarikan diri daripada tuduhan orang Sarawak. 

Taib tau masalah ekonomi melanda dunia pada tahun 1998, tapi dia tindas pula orang Asap dengan hanya memberi tiga ekar saja tanah pada satu keluarga di Asap. Orang Asap minta 10 hingga 15 ekar ketika itu, dia kata, 3 ekar dah lebih dari cukup. Lo...pandai betul Taib ni bersendiwara.

Penyakit BN Sarawak pimpinan Taib ialah seperti berikut:-

Ø      suka menyembunyikan masalah rakyat Sarawak
Ø      suka menyembunyikan kebenaran
Ø      suka tonjol yang dia saja yang betul
Ø      pantang mengaku buat silap
Ø      dia saja yang pandai
Ø      rakyat tak pandai dan rakyat wajib ikut aja apa dia cakap

(Semua sifat tersebut di atas amat bertentangan dengan transformasi Najib)

Bila Taib bersama kuncunya Awang Tengah beritahu scenario masalah Sarawak pada Najib, mereka tanya bos Tanah dan Survei Sarawak dulu. Mereka juga tanya pada Setiausaha Negeri Sarawak. Tak ketinggalan juga mereka tanya maklumat dari opis Residen dan opis DO. Lo…Apa tidaknya, bos Tanah dan Survei Sarawak, Setiausaha Negeri Sarawak, Residen-Residen dan Do-Do di seluruh Sarawak, semuanya adalah bapa pembodek dan pengampu Taib.

Kalau macam tu keadaannya, macam manalah Taib dan Awang Tengah cakap betul. Macam mana mereka cakap kebenaran. Semua yang mereka cakap adalah dusta dan bohong-bohong belaka. Najib ditipunya bulat-bulat, dan dia kata semua keadaan di Sarawak tak ada masalah. Semuanya baik-baik.
Semuanya Angkara Polisi Taib
Tapi, senyap-senyap pula dia nak tipu Najib. Dia minta nak adakan pilihanraya negeri serentak dengan Najib. Sebenarnya Taib sedar yang dia dalam keadaan terdesak, kerana itu dia nak adakan pilihanraya serentak dengan Najib kerana nak tumpang populariti Najib. Lol… licik betul engkau Taib. Engkau ingat Najib tu bodohkah. Kalau dia bodoh, takkan dia pegang jawatan PM. 

6 comments:

Peminat Lakeg Semang said...

Saya turut menonton siaran tv1 tersebut. Saya amat geram mendengar kata-kata kedua-dua pemimpin tersebut seolah-olah mereka amat sempurna dan tidak pernah melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Tuhan saja yang tahu.

Tasin Lenya Doh said...

Atek haman lalek Tai Mamut nih pamoh. Ihak pamoh lim itam kelunan Sarawak. Lebih nak itam kelunan Belaga. Pikir sayu itam kelunan belaga tek udi anih. Asun tam en pehembak paget-pagat akek.

Mohd Iskandar said...

Saya merayu pada org Belaga khasnya supaya tunjukkan kuasa mengundi kamu semasa pilihanraya yang akan datang. Orang Sarawak juga amnya saya seru supaya sama-sama kita buktikan yang kuasa untuk menyingkirkan seseorang pepimpin gengster dan rasuah terletak pada tangan orang Sarawak. Gunakan peluang tersebut untuk memilih pemimpin yang baru.

SI Mekop said...

Tua-tua keladi. Semakin tua semakin menjadi. Jawatan Ketua Menteri semakin dimonopoli, sampai mati, ha..ha..Bilalah engkau sedar Tok Uban!

Anonymous said...

Kuatkah pelil si tua ini kerja malam. Makin dia tua makin jadi-jadi perangai dia. Si penyamun harta orang sarawak ini, senjata dia pun kuat, kuat macam dia rompak harta orang sarawak.

Anonymous said...

Dia ada Viagra, itu bomoh Suut pun boleh rekomen tungkat ALI.