Jan 15, 2011

Loh...Khabarnya Najib Telah Approved Projek Untuk Orang Belaga.

Aku dengar Najib dah aprof projek untuk orang Belaga. Aku dengar projek jalanraya dari Bakun ke Belaga dah aprof. Baguslah begitu Najib. Ada lagi projek lainkah ? Kalau ada, bagus jugalah tu. Aku juga dengar Najib suruh supaya askar aja yang bina projek tu. Lol.. frustlah kuncu-kuncu BN Sarawak. Kan mereka selama ni selalu ambil komisen dan bahagian dalam projek. Kan mereka nak masuk poket mereka. Dah tentulah mereka menyumpah-nyumpah engkau Najib. Dalam hati kecil mereka, mereka berkata, “Celaka engkau Najib.”
Beginilah Kebiasaan Pakaian Kostum Bila Menyambut Ketibaan VIP di Kalangan Orang Ulu
James Masing dah tentu frust. Kan dulu, bila projek sekolah menengah diaprof untuk orang Belaga, James Masing rampas. Duit SMK Bakun untuk Belaga dulu dirampas. Dia buat SMK Bakun di Kapit. Orang Belaga pun bising. Lama betul orang Belaga bising. Sampai ada orang Belaga simpan dendam kat James Masing. Kerana takut, maka SMK Bakun yang baru pun dibuat di Asap. Tapi, sekolah itu sekolah miskin. Sekolah tumpang kat sekolah rendah Asap. Duit SMK Bakun yang asal dah James Masing rampas beri orang Kapit. Inilah kerja James Masing. Dia selalu mengintai-intai projek dan hak orang Belaga dan rampasnya untuk orang Kapit. James Masing cemburu orang Belaga ada projek lebih dari orang Kapit.

Itu hanya satu contoh aja. Banyak lagi projek dan hak orang Belaga dikacau dan dicuri oleh James Masing. Apa dah jadi dengan wang RM10 juta Tabung Amanah Bakun Masing ? Orang Belaga nak tau, ke mana kamu guna wang itu ? Tolonglah telus dan pamer semua nama-nama orang yang kena sekolah sif Tabung Amanah Bakun ? Tolong juga telus, ke mana James Masing labur wang-wang Amanah Bakun ? Kan itu hak orang Belaga. Kalau dah hak orang Belaga, dah tentulah mereka nak tau ke mana wang Tabung Amanah Bakun dipakai ? 

Aku juga dengar Liwan bermati-matian jumpa Najib untuk minta dia datang Belaga. Liwan buat begitu kerana kena tekanan kuat politik orang Belaga. Orang Belaga sekarang dah sedar dari tidur. Generasi baru Belaga sekarang bukan bodoh macam bapa akek-nenek orang Belaga dulu. Itulah guna kita ada sistem check and balance. Itulah guna kita ada pembangkang. Bila Liwan jumpa Najib dan minta dia datang jenguk Belaga, aku dengar Taib pun meradang. Masing juga meradang. Awang Tengah juga aku dengar meradang. Buat apa engkau orang meradang. Kalau betul Liwan buat begitu, aku ucap tahniah dan syabas pada Liwan. Itulah guna kita ada wakil rakyat. Dia bukan buat jahat. Dia bukan kacau hak Taib. Liwan juga bukan kacau hak Masing dan Awang Tengah. Liwan cuba untuk berjasa untuk rakyat, itu aja. Dia bukan nak merompak harta engkau orang. Dia bukan nak membodek macam Jabu. Dia juga bukan nak masuk poket macam James Masing. 

Walau pun Liwan dah buat jasa sikit dengan ajak Najib jenguk Belaga, itu hanyalah titik permulaan. Aku lihat James Masing masih jadi penghalang usaha Liwan seterusnya. Taib juga penghalang nombor satu. Jika Liwan nak orang Belaga beri sokongan penuh padanya, aku cabar Liwan keluar PRS. Aku cabar Liwan keluar BN Sarawak. Selagi Liwan berada dalam kangkangan Taib dan Masing selagi itulah engkau dalam tekanan Liwan. Engkau akan disuis ke silent mode. Mulut engkau akan terkatup. Kalau dah mulut terkatup, engkau bukan lagi seorang wakil rakyat yang berkesan. Ha..ha..ha…! Liwan, Liwan.  Bernama juga beritahu yang Najib belum lagi bersedia dan buat keputusan jual Bakun pada Taib. Padan muka engkau Taib. (rujuk : http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=556965)

7 comments:

Suara Rakyat Belaga said...

Baguslag itu. Orang belaga mesti gembira sekarang. Isu jalanraya menghubungkan belaga ke dunia luar telah lama menjadi isu yang telah membuntukan orang-orang politik di belaga. Sekarang org belaga mesti tarik nafas lega. Kita mahu lebih banyak pembangunan lagi untuk orang belaga. Janganlah ada orang-orang politik yang buat kacau pembangunan untuk daerah belaga lagi. Aku harap Dr James Masing tidak mengulang perbuatan itu lagi. Sepatutnya, sebagai YB dan pemegang PHd, dia lebih faham. Itu saja komen aku.

Peminat Lakeg Semang said...

Saya suka cara Lakeg Semang tulis. Cara kamu tulis sangat bagus dan senang faham. Kita harap orang Belaga baca dan faham apa masalah yang kita ada. Teruskan cara tulis kamu itu. Ia senang difaham.

Mohamad Ariff said...

Kita orang belaga patutlah menggunakan kemudahan blog seperti lakeg semang untuk mendapat maklumat. Hari-hari kita dengar berita dari radio fm dan tv yang di kawal oleh BN Sarawak. Kita perlu juga cari maklumat alternatif. Lejolah dengar berita dari mereka.

Berita mereka, semuanya yang baik-baik untuk mereka saja. Kebenaran disembunyikan, kita pun tdk tahu apa sebenarnya berlaku. Aku sokong kamu Lakeg Semang.

Asok Kuman Daha said...

Betul,betul. Betul itu Lakeg Semang. Bagus jugak orang askar buat projek jlnraya itu. Kaleu tidak, duit RM62 juta itu tdk cukup kerana semuanya masuk pokek kuncu bn sarawk. Saya betul, betul sokong lu cakap.

Anonymous said...

Actually BN is just a vehicle, the vehicle is to be driven properly. The only thing that makes BN a bad vehicle is the driver. YB Liwan is a very dedicated person towards Asap Koyan and Belaga itself. The act of bringing YAB Najib to come down to Belaga is truly a remarkable achievement, and now, it is just the beginning of the changes that Belaga is about to face. YB Liwan really can be seen to be facing a hard time under the governing powers of Sarawak. It is not about which party's ideology, but rather the person's ideology within the party itself that bring changes to everything.

Doh Kayan said...

betol kata Anon tu...

Peminat Sastera said...

Saya cukup tertarik dengan gaya bahasa yang digunakan kamu. Saya ingin beri komen berdasarkan nilai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Bahasa yang kamu gunakan cukup menarik. Bahasa dalam bentuk mengejek dan sesekali menggunakan bahasa loghat tempatan tetapi cukup berkesan untuk menyampaikan objektif dan hasrat. Ini adalah satu perkembangan yang cukup memberansangan dalam kalangan orang bukan Melayu. Saya cukup bangga dengan gaya bahasa yang kamu gunakan.