Mar 28, 2011

TAIB MAHMUD MENCURI ELEKTRIK !

Taib's residence in Demak Jaya - his
sister and son Abu Bekir
have houses next door

Pada ketika kebanyakan orang sedang berjimat untuk mengatur perbelanjaan bagi menghadapi kenaikan bayaran bil elektrik, Sarawak Report mendapati Ketua Menteri sedang mengguna bekalan elektrik yang dicurinya untuk berjimat!
Maklumat yang mengejutkan ini datangnya dari seorang sumber dalaman yang mengetahui segala-galanya dalam rumahtangga Taib Mahmud. Kami juga telah mendapat tahu mengenai perkara ini daripada ketua juruteknik yang dilantiknya untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kediamannya di Demak Jaya.
Kami diberitahu bahawa Ketua Menteri telah memasang kabel bawah tanah secara rahsia, yang melewati meter elektrik di luar rumahnya. Kabel bawah tanah itu dihubungkan terus ke wayar-wayar dalam rumahnya. Ini bermaksud, sekurang-kurangnya separuh dari arus elektrik masih melalui meter bagi membolehkan beliau menjimatkan bayaran elektriknya!

Mar 23, 2011

BOMOH BERAMBUT PERANG RAZIAH ‘MEMUKAU’ TAIB!

Raziah Mahmud
Antara rahsia-rahsia yang kini mulai terbongkar pada masa regim Taib Mahmud yang kian roboh, salah satu perkara yang pelik adalah kebergantungannya selama ini kepada seorang bomoh wanita berambut perang yang dibekalkan oleh adiknya, Raziah!
Sejak kematian isterinya Laila, Taib dikatakan semakin giat menggunakan perkhidmatan bomoh, dan menurut ahli keluarganya, Raziah telah mulai masuk campur dengan memperkenalkan bomoh wanitanya kepada abangnya itu.
“Seseorang yang memperkenalkan bomoh adalah seseorang yang lebih berkuasa”, kata seorang pemberi maklumat kepada Sarawak Report, dengan merujuk kepada Raziah yang sedang mempergiatkan usahanya memperolehi kontrak-kontrak dan geran-geran tanah dari kerajaan negeri.

Seorang lagi pemberi maklumat kami memberitahu kami:
“Ketua Menteri Sarawak yang sebenarnya adalah Raziah. Raziah telah menggunakan ilmu hitam ke atas saudaranya itu!”
Stella!

Mar 22, 2011

NAJIB DAN TIMBALANNYA DATANG KE SARAWAK UNTUK MELUCUTKAN TAIB DARI JAWATANNYA – EKSKLUSIF

Sarawak Report merasa amat bertuah kerana berpeluang mendapat maklumat daripada orang dalaman BN di KL, yang menyatakan bahawa Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, datang melawat Sarawak bukannya untuk memberi sokongan kepada Taib, tetapiInilah sebabnya lawatan serentak yang belum pernah dilakukan oleh dua ketua negara ke negeri Sarawak.
hing
Najib Di Kuching 
“Seorang memegang pistol dan seorang lagi memegang keris sambil berkata ‘kini sudah tiba masanya untuk kamu berundur. Kami sudah tidak dapat berkompromi dengan kamu lagi, kamu harus umumkan keputusan sekarang atau lihatlah nanti!” kata sumber kami tersebut


Veteran yang berusia 74 tahun yang telah memerintah selama 30 tahun itu telah berjaya mendapat penangguhan dari kedua-dua ketua negara itu – atas dasar bahawa dia bersetuju untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin dan meletakkan jawatannya sebaik sahaja ‘tempoh peralihan’ dapat ditubuhkan oleh penyandangnya yang sesuai. 
Menurut sumber kami itu, Ketua Menteri, yang telah banyak kali enggan mengundur diri sehingga suatu masa yang difikirkannya selamat untuknya menjaga kekayaannya, telah menimbulkan rasa marah rakan-rakannya dalam BN di KL dengan caranya melewat-lewatkan pilihanraya. Mereka khuatir beliau akan bertahan hingga ke saat-saat akhir, yang sudah pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

Mar 21, 2011

Kami Mendedahkan Data-Data Rampasan Tanah Oleh Kerajaan BN Taib Mahmud !

The Land and Survey Department's own recent totals, showing how many
 land titles it has 'sold', the total number of hectares and the premium
received - a mere RM 730 million for a land mass about 20 times the size of Singapore!

Sarawak Report telah membuat keputusan untuk mendedahkan sepenuhnya maklumat dari pangkalan data dari Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak berkenaan dengan transaksi terkini yang dilakukan ke atas tanah-tanah di kawasan luar bandar dan juga pedalaman Sarawak. Kami telah menjalankan beberapa siasatan terperinci ke atas data-data sulit selama beberapa minggu yang lalu, hanya mendapati lebih dari satu ribu plot tanah-tanah di pedalaman dan luar bandar yang telah diambil oleh kerajaan negeri, tetapi plot-plot yang lainnya lebih luas telah diserahkan kepada keluarga terdekat dan kroni-kroni Taib Mahmud.
Ini adalah skandal rampasan tanah peringkat kebangsaan dan harus didedahkan sepenuhnya. Dengan itu kami ingin mengajak para pembaca kami dan juga pihak media untuk mengkaji dan menilai sendiri daftar tanah dan mengenalpasti tanah-tanah manakah di kawasan mereka yang telah diambil – dan diambil oleh siapa. Kini Taib Mahmud harus keluar dari persembunyiannya dan berhenti memberikan alasan bahawa “tuduhan-tuduhan itu tiada bukti”!

Mar 19, 2011

Nada Peralihan Kuasa Taib Mahmud Tidak Pernah Berubah. Nada Yang Sama Pernah Dilafazkannya Banyak kali Sebelum ini…….

DUN Sarawak

Pengumuman di Serian oleh Taib Mahmud tentang peralihan kuasa adalah satu ulangan seperti yang pernah dilafazkannya banyak kali sebelum ini. Rakyat Sarawak jangan mudah terpedaya dengan pengumuman tersebut dan mesti belajar dari nada-nada yang pernah dibuatnya sebelum ini. Pengumuman tersebut hanyalah satu nada untuk memancing undi pilihan raya Sarawak yang mana Dewan Undangan Negeri (DUN) telah pun dibubarkan dalam pengumuman  pada hari yang sama oleh Taib Mahmud sebentar tadi.

 

Rakyat Sarawak perlu berhati-hati kerana Taib Mahmud sebenarnya tidak mungkin mahu melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada sesiapa pun. Taib Mahmud amat arif dan jika jawatan Ketua Menteri dilepaskan kepada orang lain, maka dia akan terdedah kepada tindakan siasatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadapnya oleh pihak berkuasa. Taib Mahmud lebih rela mengekalkan jawatan Ketua Menteri Sarawak dan jika boleh sehingga ke akhir hayatnya. Jika dia terus berkuasa dan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak, maka senanglah baginya menggunakan kedududukannya itu mengelakkan diri dari disiasat dan dituduh oleh pihak yang berkuasa.

 

Kita sedia maklum yang pendedahan rasuah terhadap Taib Mahmud adalah berlonggok-longgok dan dia sendiri langsung tidak dapat menafikan pendedahan tersebut, terutama sekali oleh Sarawak Report.

 

Ayuh rakyat Sarawak, jangan mudah terpedaya dengan helah Taib Mahmud. Dewan Undangan Negeri Sarawak telah sah dibubarkan mulai Isnin ini iaitu pada 21hb Mac 2011. Janganlah memilih PBB, SUPP, SPDP atau PRS kerana semua parti komponen tersebut adalah tali barut Taib Mahmud. Undilah mana-mana parti komponen pembangkang dan mari kita mula dan menstranformasikan negeri tercinta ini demi anak dan generasi kita seterusnya. HIDUP PEMBANGKANG  !!

Mar 17, 2011

Berbilion-bilion Di Luar Negara ! Suatu Persoalan, Siapakah Rakan-Rakan Niaga Sebenar Taib Mahmud Di Sana ?

Orang yang di dalam gambar yang sedang duduk dalam kenderaan “party-buggy” di sebelah Timbalan Ketua Menteri, Alfred Jabu, adalah seorang warga Greek yang bernama Achilleas Kallakis. Gambar ini diambil pada bulan April 2008 dan Kallakis sudah pun mempunyai rekod jenayah. Dalam tahun 1995 Kallakis dan rakannya, Alexander Williams, telah didakwa di UK dan didapati bersalah kerana menjual paspot paslu Hong Kong pada harga RM100 ribu sebuah dan juga menjual gelaran orang kenamaan palsu pada harga dua kali ganda! (Versi Inggeris : http://www.sarawakreport.org/2011/01/billions-abroad-questions-over-taibs-contacts-with-foreign-property-tycoons/ )
Off to save the environment! Prince Albert, the Director of his
Foundation Evelyne Genta and their bankrollers,
Achilleas Kallakis and Alfred Jabu, representing Sarawak.
Walau bagai manapun, pasangan itu telah memboloskan diri dari penjara dan seterusnya Kallakis telah kembali ke tabiat lamanya dan kemudiannya memperolehi kedudukan social yang dihormati. Dia telah menziarahi tempat peranginan Royal Mulu bertaraf 5-bintang milik keluarga Taib sebagai salah seorang kenamaan yang menyertai rombongan Putera Albert dalam suatu lawatan diaraja yang dihebahkan secara besar-besaran di negeri Sarawak ketika itu. Pada masa itu Kallakis telah dilantik sebagai Duta ke Brunei mewakili kerajaan tempatan San Marino negara Itali, telah menjadi ahli lembaga National Portrait Gallery di London dan telah menjadi ahli Yayasan Putera Albert, yang didedikasikan kepada alam sekitar!
Asas kepada status sosial Kallakis yang menjelma secara tiba-tiba mungkin reputasinya sebagai seorang jutawan. Dalam masa hanya sebulan dia telah tersenarai dalam Sunday Times di Britain sebagai salah seorang terkaya di kalangan 400 individu paling kaya di UK. Akhbar tersebut telah menganggarkan kekayaannya mencecah £250 million (RM 1.2 billion) – suatu pencapaian yang sukar dibayangkan berlaku pada seseorang yang telah didapati bersalah kerana ditangkap menipu suatu dekad yang lalu!
Sumber  :  Sarawak Report

Mar 12, 2011

ANG PAU UNTUK TAIB - BERJUTA-JUTA DALAM BENTUK WANG TUNAI !

Semasa perayaan Tahun Baru Cina disambut kaum Cina, sumber dalaman telah mendedahkan bagaimana Abdul Taib Mahmud secara lazimnya mengeksploitasikan peluang tahunan itu untuk mencengkam para kroninya dari kaum Cina. (Versi Inggeris : http://www.sarawakreport.org/2011/02/taibs-ang-pow-millions-in-cash/ )

Chinese New Year celebrations in Sibu. Earlier this year the
local people defied BN election rigging to throw out the Lau family
candidate in favour of the Opposition Leader Wong Ho Leng.

Kami telah menerima beberapa maklumat luarbiasa bagaimana Ketua Menteri mengunjungi kediaman-kediaman mewah kaum Cina di Sibu dan Miri setiap tahun, biasanya bersama-sama keluarganya untuk menerima cek-cek dan wang yang banyak daripada tuan-tuan rumah yang sentiasa merasa cemas.
Sumber : Sarawak Report

Mar 7, 2011

RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA - suatu BUKTI KUKUH TERHADAP TAIB MAHMUD. EKSLUSIP !

Segelintir orang-orang kenamaan mengatakan pendedahan-pendedahan yang dilakukan oleh Sarawak Report adalah suatu pembohongan. Tetapi, sebaliknya apa yang didedahkan di sini semuanya berlandaskan dokumentasi yang jelas dan nyata. (Versi Inggeris : http://www.sarawakreport.org/2010/12/corruption-and-abuse-of-power-irrefutable-evidence-against-taib-exclusive/ )
Land from the people - profit to
 the Chief Minister

Begitu juga, maklumat-maklumat yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mengandungi bukti-bukti yang kukuh. Syarikat Mesti Bersatu merupakan pemegang saham utama dalam syarikat Delta Padi Sdn. Bhd, suatu usahasama yang didapati telah tanpa diduga sama-sekali meranapkan hampir keseluruhan Pulau Bruit yang didiami oleh kaum Melanau. Terdapat dalam dokumentasi juga menyatakan Kerajaan Sarawak telah menyerahkan suatu kawasan tanah NCR yang amat luas di pulau berkenaan pada harga yang amat minima (RM78,000 untuk 100 hektar) kepada Delta Padi sebagai usaha untuk memulakan projek penanaman padi, dengan kadar pampasan yang boleh dijadikan bahan ejekan umum kepada pemilik-pemilik tanah NCR. Hutan paya bakau telahpun musnah sejak empat tahun yang lalu, dan keadaan air di pulau itu pula tercemar dengan teruknya. Para aktivis alam sekitar kini pula menyatakan kerisauan mereka bahawa pembangunan di pulau itu telah mencerobohi kawasan Taman Negara.

Mar 5, 2011

Bukti Yang Kukuh ! - Skandal Kumpulan Sanyan Mendedahkan Penglibatan Taib Mahmud !

Pengemukaan bukti  dalam satu perbicaraan mahkamah yang pahit sedang dijalankan dalam mahkamah di Sibu. Kes mahkamah ini telah mendedahkan maklumat yang cukup mengejutkan tentang rasuah yang wujud dalam pusat kerajaan negeri Sarawak. ( Versi Inggeris : http://www.sarawakreport.org/2010/11/hard-evidence-sanyan-scandal-exposes-taib/ )
Wang Mentah - Kekayaan
Sarawak Untuk Diekspot

Kes mahkamah ini tidak mendapat liputan berita yang luas kerana keluarga Taib telah mencuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan perkara ini. Walau bagaimanapun, Sarawak Report telah memperolehi berbagai-bagai dokumen yang berkaitan dengan pendengaran mahkamah ini. Kesemua maklumat ini telah dibentangkan semasa sidang mahkamah terbuka.
Kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh pengusaha tempatan yang dihormati, iaitu Dato’ Ting Check Sii melawan bekas rakan kongsi beliau, Tufail Mahmud. Tufail Mahmud merupakan adik lelaki kepada ketua menteri Sarawak. Perbicaraan ini memberikan salah satu daripada banyak kefahaman yang terdekat tentang kaedah-kaedah haram yang digunakan oleh keluarga Taib untuk memperluaskan kawalan mereka ke atas kekayaan Sarawak. Kes ini menunjukkan dengan jelas tentang peranan langsung yang dimainkan oleh ketua menteri  dalam susun atur untuk melakukan serbuan  ke atas perniagaan dan konsesi negeri  dan bagaimana mereka menggunakan rangkaian pengusaha yang ikut kata dan ‘calon’ mereka untuk mengurus dan menyamar rompakan mereka terhadap negeri Sarawak.

Mar 1, 2011

Hentikan Rasuah Pembalakan : Minggu Tindakan Awam Antarabangsa

Beginilah Protes Di Depan Harta Mewah Taib, Ridgeford Properties Di Central London
Kota London telah menjadi pentas rapat umum secara aman peringkat antarabangsa untuk menunjukkan bantahan terhadap Taib Mahmud, dan juga bersempena sambutan ulangtahun ke-30 beliau telah menjadi Ketua Menteri. Mereka mengadakan rapat umum berkenaan di luar ibupejabat harta mewah milik syarikat Taib di Central London, iaitu Ridgeford Porperties. Ramai para penunjuk perasan yang terdiri dari pelbagai kaum dan kewarganegaraan seperti Malaysia, orang-orang Sarawak dan juga warga Britain yang turut hadir untuk menyampai mesej mereka. “30 tahun itu sudah cukup lama”! Mesej-mesej pada sepanduk-sepanduk dan kain-kain rentang telah digunakan dan begitu juga maskot seekor monyet menari-nari di kalangan para penunjuk perasaan, sebagai mengingatkan pihak media yang hadir bahawa sokongan diperlukan oleh kaum-kaum asli di Sarawak dan juga haiwan-haiwan di hutan Sarawak yang telah terjejas akibat kerakusan Taib!

.Tunjuk perasaan secara aman itu telah dirancang bagi memperingati 30 tahun Taib menjadi Ketua Menteri, yang jatuh pada tarikh 26hb Mac. Ketua Menteri yang sudah lanjut usia itu telah menjelaskan bahawa dia tetap akan bertanding pada pilihanraya-pilihanraya yang akan datang – beliau telah mengahwini isteri mudanya sebagai membuktikan kepada para rakyat bahawa dia mampu untuk meneruskan perjuangannya dalam politik. Walau bagaimanapun, dunia kini menyaksikan beberapa pemimpin dunia yang kecundang seorang demi seorang dalam protes-protes terkemuka di rantau Asia Barat, maka adalah wajar dan adil dikatakan di sini bahawa masa kini tidak lagi sesuai untuk beliau yang sudah berusia mencecah 75 tahun itu terus berjuang.
Bermacam-Macam Mesej Dan Cogankata Digunakan 
Cogankata-cogankata

Mesej-mesej yang tertulis pada kain-kain rentang dan sepanduk-sepanduk ditunjukkan sebagai mewakili pandangan dan pendapat para penunjuk perasaan di London, tetapi  tidak dapat dilakukan di bumi Sarawak. Salah satu daripadanya berbunyi: “Bekukan Aset-aset Taib Sekarang”, yang menggambarkan apa yang telah terjadi kepada bekas pemimpin Mesir Hosni Mubarak dan Ben Ali dari Tunisia. “Hormatilah Hak-Hak Peribumi”, “Selamatkan Hutan Borneo”, “Selamatkan Hutan-hujan Sarawak”, “Hentikan Pembalakan Haram atas Tanah Orang-orang Asli”, “Jutaan Milik Taib Mewujudkan Empayar Hartanya” dan “Hentikan Rasuah Pembalakan” merupakan sebahagian dari mesej-mesej yang dihantar kepada Taib di Sarawak pada hari ini.

Sumber : Sarawak Report