DUN Sarawak |
Mar 19, 2011
Nada Peralihan Kuasa Taib Mahmud Tidak Pernah Berubah. Nada Yang Sama Pernah Dilafazkannya Banyak kali Sebelum ini…….
Pengumuman di Serian oleh Taib Mahmud tentang peralihan kuasa adalah satu ulangan seperti yang pernah dilafazkannya banyak kali sebelum ini. Rakyat Sarawak jangan mudah terpedaya dengan pengumuman tersebut dan mesti belajar dari nada-nada yang pernah dibuatnya sebelum ini. Pengumuman tersebut hanyalah satu nada untuk memancing undi pilihan raya
Rakyat Sarawak perlu berhati-hati kerana Taib Mahmud sebenarnya tidak mungkin mahu melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada sesiapa pun. Taib Mahmud amat arif dan jika jawatan Ketua Menteri dilepaskan kepada orang lain, maka dia akan terdedah kepada tindakan siasatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadapnya oleh pihak berkuasa. Taib Mahmud lebih rela mengekalkan jawatan Ketua Menteri Sarawak dan jika boleh sehingga ke akhir hayatnya. Jika dia terus berkuasa dan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak, maka senanglah baginya menggunakan kedududukannya itu mengelakkan diri dari disiasat dan dituduh oleh pihak yang berkuasa.
Kita sedia maklum yang pendedahan rasuah terhadap Taib Mahmud adalah berlonggok-longgok dan dia sendiri langsung tidak dapat menafikan pendedahan tersebut, terutama sekali oleh Sarawak Report.
Ayuh rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment