Orang yang di dalam gambar yang sedang duduk dalam kenderaan “party-buggy” di sebelah Timbalan Ketua Menteri, Alfred Jabu, adalah seorang warga Greek yang bernama Achilleas Kallakis. Gambar ini diambil pada bulan April 2008 dan Kallakis sudah pun mempunyai rekod jenayah. Dalam tahun 1995 Kallakis dan rakannya, Alexander Williams, telah didakwa di UK dan didapati bersalah kerana menjual paspot paslu Hong Kong pada harga RM100 ribu sebuah dan juga menjual gelaran orang kenamaan palsu pada harga dua kali ganda! (Versi Inggeris : http://www.sarawakreport.org/2011/01/billions-abroad-questions-over-taibs-contacts-with-foreign-property-tycoons/ )
Off to save the environment! Prince Albert, the Director of his Foundation Evelyne Genta and their bankrollers, Achilleas Kallakis and Alfred Jabu, representing Sarawak. |
Walau bagai manapun, pasangan itu telah memboloskan diri dari penjara dan seterusnya Kallakis telah kembali ke tabiat lamanya dan kemudiannya memperolehi kedudukan social yang dihormati. Dia telah menziarahi tempat peranginan Royal Mulu bertaraf 5-bintang milik keluarga Taib sebagai salah seorang kenamaan yang menyertai rombongan Putera Albert dalam suatu lawatan diaraja yang dihebahkan secara besar-besaran di negeri Sarawak ketika itu. Pada masa itu Kallakis telah dilantik sebagai Duta ke Brunei mewakili kerajaan tempatan San Marino negara Itali, telah menjadi ahli lembaga National Portrait Gallery di London dan telah menjadi ahli Yayasan Putera Albert, yang didedikasikan kepada alam sekitar!
Asas kepada status sosial Kallakis yang menjelma secara tiba-tiba mungkin reputasinya sebagai seorang jutawan. Dalam masa hanya sebulan dia telah tersenarai dalam Sunday Times di Britain sebagai salah seorang terkaya di kalangan 400 individu paling kaya di UK . Akhbar tersebut telah menganggarkan kekayaannya mencecah £250 million (RM 1.2 billion) – suatu pencapaian yang sukar dibayangkan berlaku pada seseorang yang telah didapati bersalah kerana ditangkap menipu suatu dekad yang lalu!
( Sambung bacaan di sini : http://www.sarawakreport.org/ms/2011/01/berbilion-bilion-di-luar-negara-%E2%80%93-suatu-persoalan-siapakah-rakan-rakan-niaga-sebenar-taib-di-sana/)
Sumber : Sarawak Report
No comments:
Post a Comment