Jan 18, 2011

Ke Mana Engkau Telah Guna RM3 Juta Wang Tabung Amanah Bakun James ?

Kebetulan aku duduk dengar berita ringkas tengah hari siaran radio bahasa Melayu FM Sarawak pada 17hb Januari 2011. Sedang aku mendengar, aku tersentak seketika. Menurut berita ringkas tersebut, jumlah wang tunai yang ada dalam akaun Tabung Amanah Bakun ialah RM12 juta, iaitu suatu jumlah setelah James Masing terima sumbangan Najib sebanyak RM5 juta di Asap pada 15hb Januari 2011 baru-baru ini.
Eh, siapa yang sorok duit ?
Aku teringat tahun 1995, iaitu tahun di mana Tabung Amanah Bakun terima wang sebanyak RM10 juta. Tahun itu juga ialah tahun pembentukan Tabung Amanah Bakun. Pada tahun tersebut, bertempat di Sibu, Tabung Amanah Bakun telah terima RM5 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan. RM5 juta lagi dari Kerajaan Negeri. RM5 juta yang sepatutnya diberi oleh Teng Pek Khing tidak menjadi kenyataan.

Sejak tahun tersebut, Tabung Amanah Bakun memiliki RM10 juta sehinggalah pada 15hb Januari 2011 apabila Najib menyumbang RM5 juta lagi. Apabila dikira secara matematik, RM3 juta telah dibelanja dan ini berdasarkan pengumuman seperti tersebut di atas.
Inilah
Rupa James

Orang Belaga tertanya-tanya apakah objektif penubuhan Tabung Amanah Bakun ? Bolehkah James Masing jelaskan semua itu ? Wang sebanyak RM3 juta telah dibelanjakan. Bolehkah James Masing pamerkan di papan notis Pejabat Daerah Belaga, juga di papan notis Pejabat Daerah Kecil Asap siapa penerima biasiswa Tabung Amanah Bakun ? Jika ada pelaburan, bolehkah James Masing jelaskan kepada rakyat Belaga ? Apakah pelaburan tersebut menepati objetif penubuhan Tabung Amanah Bakun ? Ayuh James ! Jangan main sembunyi-sembunyilah James. Tunjukkan keikhlasan kamu ! Tunjukkan ketelusan kamu ! Di mana James Masing yang pernah lantang bersuara dalam PBDS seperti James Masing pada tahun-tahun 1980an dulu ? 

6 comments:

Lejo Merit said...

Lejo merit ka' James. Leba' lan RM3 juta anan pa. Lalek lan James nih pehembak itam kelunan belagah. Sek bareng. Nyineng kah tek udi anih ngahup.

Peminat Lakeg Semang said...

Saya setuju apa kamu tulis Lakeg Semang. Tabung Amanah Bakun sejak ditubuh belum lagi nampak hasil.Tabung Amanah Bakun itu hanya untuk politik James Masing dan PRS. Kalau ada yang kena biasiswa pun, hanya mereka yang geng, kroni Masing saja.

Asok Kuman Daha said...

En na laporan pala anti rasuah. Bei dahak siasat ihak.

Anonymous said...

Piak Usit..

saya pun heran...

masa dapat tawaran masuk U 2003...
saya memohon TAB, dapat jawapan kata tidak cukup duit untuk diberi, dapat bagi pun untuk setahun sahaja..terpaksa minta dgn PTPTN.. sekarang berhutang kena blacklist lagi tu.....

Tapi James "messy-ing" kata masih ada 7 juta lagi.. saya minta takkkan la 7 juta tu tak cukup.. saya belajar pun, bukan pegi oversea yg pakai beribu-ribu.
ni di kuching saja...

bi itouk ne gaya kuk manauk kelunan belaga...

menga tue'

anak iban sebangan said...

saudara2ku org bakun..saya bkn org ulu tetapi saya bsimpati dgn nasib kita kaum dayak yg sentiasa dtindas..bangkitlah kita mggulingkan pmerintahan taib..jgn berlengah,jgn buang masa bertengkar tentang siapa yg baik@jahat....bangkitlah saudaraku di belaga,jgn biarkn kita terus ditndas...

kutok bela said...

Setuju lan kui dahin dahum nih lakegsemang. Itam kelunan belagah nih hajak buduh dahin mahit. Nyineng tua, suto aleng melei en nyineng, staf TAB anan tua kelunan nak sdirik. Nunan pah tegu dahak mili hi aleng gak tulong, kelunan dahak aleng unak gak. Nurei pah gaya politik ha belagah ihak magek ayak kuasa tek itam ha belagah. Mamei pah hawan nak belagah. Avin nun stanley ajang jan deng biti men pelitah unak deh, kenan nak kah anan. En nak kep alan wlpun tegu anan Spdp ikem terimak ihak.Dahak parti prs ranting belagah sdirik em jam tegu anan. Bekak nyeman matel aran LL pala lake uban. Aleng patut kereh mesti meteng kenep ranting prs dahin komponen bn ha beh ranting belagah unak baru matel aran ken tak. Akui harep itam kelunan belagah nesek nak mebet dacing nyekdo pelitah em nyelupoh itam pejoh. Bila itam au ngudi parti nyurak parti pelitah legak, ureh dahak ayak parti nan jam tegu dahak na post mortem tavit nun, legak??? Pelemanak nah lim itam ha belagah, sayu bara men dahak aleng ayak2 urip awi uku ake, uku doh, ja ngahet parti nyurak ....