Feb 23, 2011

PEMERINTAHAN PENYANGAK DI BUMI SARAWAK

Gambar-gambar Minggat Anak Nyakin dan anak lelakinya Juan Anak Minggat yang sungguh memilukan dan diketahui umum di seluruh dunia telah menceritakan sendiri tentang masalah-masalah di Sarawak. Kedua-dua anak beranak ini telah dicederakan dengan teruknya pada malam 14 Februari 2011 oleh para pembalak, yang telah mencerobohi hutan di tanah hak adat mereka. Minggat telah ditinggalkan nyawa-nyawa ikan di anak-anak tangga pejabat pengurus syarikat dan kini menunggu masa untuk pulih sepenuhnya bagi membolehkan beliau menceritakan kejadian yang menimpanya, manakala anaknya pula berjaya merangkak untuk melarikan diri di dalam malam yang gelap, untuk mendaptkan bantuan kaum keluarganya di rumah panjang.
Minggat ak Nyakin Terlantar di Hospital Tidak Sedarkan diri Selama 4 Hari
Nasib masih menyebelahi mereka kerana kedua-dua mangsa berkenaan sedang dirawat di hospital di bawah kawalan rapi polis, kerana mereka direman atas kejadian itu. Sementara itu, tiada sebarang siasatan atau tangkapan dilakukan ke atas para penyerang mereka, walaupun ibu pejabat mereka di Sungai Rusa dikenali orang ramai dan dikenal pasti. Sebelum itu, Minggat dan keluarganya pernah membuat banyak laporan polis beberapa tahun yang lalu mengenai pembalakan haram yang dijalankan di kawasan mereka tetapi polis tetap berdiam diri.

Hak-hak Orang Asal tidak dihiraukan oleh pihak-pihak yang berwibawa

Ketidakadilan yang dialami oleh Minggat dan keluarganya adalah perilakuan pihak-pihak yang memerintah dan berkuasa di negeri ini. Isteri Minggat, Jelembai, yang mengatakan bahawa suaminya mempunyai peluang yang tipis untuk pulih sepenuhnya, telah memberikan keterangan kepada Radio Free Sarawak dalam temubual eksklusif:

“Semua orang kini gentar menghadapi samseng-samseng ini”

Menurut Jelembai, suaminya pernah beberapa kali membuat laporan mengenai pembalakan haram itu kepada pihak-pihak polis, Jabatan Tanah dan Survei dan Jabatan Kerja Raya, dan sehingga bulan Disember tahun lalu, di mana dia mengadu bahawa kawasan-kawasan huma dan denai-denai ke dusun mereka dirosakkan oleh para penceroboh itu. Namun, pihak-pihak tempat mereka mengadu itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas samseng-samseng yang mengasari dan juga mencerobohi kawasan komuniti Iban itu.
Ini Pula Juan ak Minggat, Turut Terlantar di Hospital Angkara Polisi BN Sarawak
Setelah tidak tahan lagi dengan pencerobohan yang berterusan ke atas tanah NCR mereka di Sungai Rusa dan Sungai Kuba (Kiba), kedua-dua beranak berkenaan telah memutuskan untuk berjumpa pihak pengurusan syarikat pembalakan pada petang 14 Februari. Mereka berharap dapat merundingkan sebarang pampasan-pampasan dari pihak syarikat. Namun tujuan mereka ke pejabat syarikat berkenaan telah mendedahkan mereka kepada serangan.

Kegagalan pihak polis

Jika pihak polis ingin memelihara keamanan, mereka seharusnya telah bertindak dan mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan ke kem pembalakan berkenaan, dan seterusnya mengadakan perbincangan dengan pihak syarikat. Namun, memandangkan pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk membantu komuniti, kedua-dua Minggat dan anaknya telah mengambil keputusan untuk menghadapi para pembalak itu.

Serangan yang telah dikenakan ke atas kedua-dua Minggat dan Juan telah menunjukkan betapa yakinnya syarikat-syarikat pembalakan bahawa kegiatan pembalakan haram mereka tidak dapat dihentikan oleh sesiapa. Para samseng ini merupakan penguatkuasa kepada dasar Taib untuk merampas hak-hak orang tempatan, dan pihak polis dan pihak-pihak berwibawa yang lain kini tahu bahawa pemeliharaan undang-undang bukanlah tanggunjawab mereka lagi.

Pemerintahan gerombolan penyangak

Sarawak Report kini telah percaya bahawa penggunaan samseng dan kekerasan adalah suatu instrumen dasar yang digunakan oleh Kerajaan BN, yang menaja syarikat-syarikat pembalakan. Samseng dan kekerasan amat berleluasa di negeri Sarawak, dan BN tidak boleh berpura-pura menganggap kejadian ini terpencil dan luar biasa. 

Hanya pada hujung minggu lalu sebuah kejadian yang menakutkan telah dialami oleh penduduk-penduduk Rumah Ranggong, di mana terdapat segerombolan samseng yang diangkut menggunakan dua buah bas telah diletakkan dalam keadaan berkawal di hadapan rumah-rumah panjang berkenaan. Para penduduk percaya bahawa samseng-samseng itu telah diupah oleh syarikat Niamas Istimewa Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat BLD Resources, yang membalak di kawasan berkenaan untuk menakut-nakutkan para penduduk di situ. Pada kejadian ini pihak polis telah mengadakan lawatan ke tempat kejadian, dan kedua-dua pihak telah berada jauh di antara satu sama lain.

Tetapi kenapakah samseng-samseng yang bersenjata itu tidak dihantar balik ke Sibu, dan syarikat pembalakan penaung mereka tidak disiasat? Ini kerana selama bertahun-tahun lamanya orang-orang seperti ini telah digunakan oleh Taib Mahmud untuk melakukan kerja-kerja kotor di seluruh bumi Sarawak. Misi mereka hanyalah untuk menimbulkan rasa takut di kalangan orang-orang tempatan dan empunya tanah-tanah NCR supaya kroni-kroni Taib dapat membalak dan menjual kayu-kayu bernilai tinggi untuk membolehkannya dan juga keluarganya bertambah kaya. Kini kekerasan yang mereka lakukan telahpun dirakamkan, dan taktik-taktik sedemikian tidak dapat mereka lakukan secara tersembunyi. 

Akhirnya mereka membalas serangan

Pada bulan lepas sebuah perkampungan telah diberikan amaran menerusi telefon bimbit bahawa segerombolan samseng 20 orang telah dihantar untuk menakut-nakutkan komuniti di situ, dan dengan panggilan-panggilan telefon komuniti di situ berjaya mendapat sokongan seramai 500 orang kampung untuk mengelilingi dan menangkap para penceroboh mereka itu. Kes-kes seperti inilah yang ditentang hebat di mahkamah dengan bantuan ketua pembangkang PKR, peguam hak asasi orang asal Baru Bian dan rakan-rakan peguam hak asasi kemanusiaannya.

Dan pada hari juga sebuah lagi kes tanah NCR telah yang menang menentang Kerajaan Negeri di mahkamah Kuching dan jumlah pampasan yang besar dijangka akan dituntut daripada syarikat pembalakan yang terbabit. Masa berlalu begitu pantas untuk Abdul Taib Mahmud.

Ulasan LakegSemang

Orang Belaga khasnya patut mengambil ikhtibar dari kejadian tersebut. Apakah kita patut terus menyokong kerajaan BN Sarawak pimpinan Taib Mahmud yang terbukti mempunyai dasar keganasan untuk membolot harta kekayaan di Bumi Kenyalang ini. Orang Belaga patut sedar yang perkara serupa telah berlaku semasa perlaksanaan projek empangan Bakun.

Berbilion-bilion ringgit dicurah untuk membina empangan Bakun, tetapi apa yang orang Belaga dapat ? Malah orang Belaga dihalau dari tanah adat asal mereka dan ada yang hanya diberi pampasan beberapa ringgit sahaja dan sekarang orang-orang Belaga di Asap-Koyan sedang menderita kemiskinan tanpa wang. Mencari pekerjaan pun tidak dapat dan ramai di kalangan mereka bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sepatutnya, projek pembangunan seperti Bakun memberikan satu lonjakkan taraf hidup yang lebih tinggi kepada orang Belaga setelah pembinaan Bakun, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Orang yang menjadi kaya adalah pihak-pihak individu yang berkuasa di negeri ini dan mereka ini tak lain tak bukan adalah Taib Mahmud yang terkenal dengan slogan 1Sarawak, Kaum-Keluarga Didahulukan, Kuncu-Kroni Diutamakan

Sumber : Sarawak Report

Feb 18, 2011

KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN, KE MANAKAH WANG ITU PERGI ?

Ketika Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan kroni-kroni pembalakannya memanipulasi tanah-tanah NCR milik masyarakat rumah panjang dan kampung, mereka juga menaburkan janji-janji yang sama. Mereka menjanjikan ‘kemajuan dan pembangunan’. Kebanyakan orang tempatan tidak mendapat apa-apa dari pokok-pokok yang ditebang dan juga dari tanah-tanah NCR yang telah diasingkan dari kawasan yang telah dibuka oleh nenek-moyang mereka. Bagi mereka yang menerima pampasan beberapa ringgit, mereka hanya boleh membeli beras sekilo-dua sahaja. Namun, mereka diberitahu bahawa Taib akan memperbaiki hidup mereka dengan memberikan segala kemudahan yang harus ada di zaman moden ini seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik 24-jam, jalan-jalan raya yang baik dan berturap, sekolah yang kondusif untuk anak-anak mereka, hospital dan klinik yang dikendalikan oleh para pakar, peluang-peluang yang luas untuk melanjutkan pengajian dan juga peluang untuk mendapatkan pekerjaan.
Harta Taib Mahmud Di Luar Negara
Namun, setelah 30 tahun, apakah yang dapat kita lihat dan nikmati? Apa yang kita tahu adalah Taib dan rakan-rakan penyangak pembalakannya telah menebang sebanyak satu setengah juta hektar hutan kayu keras tropika bernilai berbilion-bilion dollar US di Sarawak. Mahkamah-mahkamah di Malaysia pula sedang membantu orang-orang tempatan ini mendapat kembali tanah-tanah NCR mereka. Tetapi orang-orang tempatan ini masih hidup serba kekurangan dan daif.
Orang-orang tempatan ini tiada lagi hutan untuk membekalkan buah-buahan, makanan dan haiwan-haiwan buruan untuk membolehkan mereka menjalani hidup berterusan, dan sungai-sungai mereka yang jernih dan indah pula telah dirosakkan dan dicemari. Ikan-ikan sungai banyak yang mati dan hampir pupus, dan air sungai pula tidak lagi selamat untuk diminum dan memasak makanan ataupun kerja-kerja mencuci dan pembersihan. Pengangkutan melalui sungai tidak lagi selamat kerana dipenuhi oleh rumpair yang hidup subur oleh baja-baja dari kawasan-kawasan perladangan. Sementara itu, pendatang-pendatang dari negera-negara jiran pula dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang kerana sanggup diupah dengan murah, mana kala kaum lelaki orang-orang tempatan yang tidak berpeluang bekerja hanya duduk sepanjang hari dan ramai yang terlibat dalam kegiatan pengambilan alcohol yang tidak terkawal, yang mudah didapati dari kedai-kedai dengan tiada sekatan undang-undang kerajaan pimpinan Taib Mahmud.
Hutan Belantara Sarawak Adalah Aset Kekayaan Taib
Sarawak merupakan negeri yang terkaya di Malaysia dengan bilangan penduduknya yang kecil, dan penduduknya juga adalah di antara yang termiskin di negara yang telah merdeka selama lebih 40 tahun. 30 tahun dipimpin oleh Taib, Sarawak masih lagi tidak mempunyai akses jalan yang baik, tiada bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik 24 jam untuk semua penghuni rumah panjang dan perkampungan. Anak-anak mereka yang baru berusia 7 tahun dipaksa berdikari dengan menghuni asrama di sekolah-sekolah yang berada jauh dari kediaman mereka – ada di antara kanak-kanak itu diperkosa oleh para pembalak dalam perjalanan mereka ke sekolah. Kemudahan kesihatan dan perubatan di negeri Sarawak juga sukar diperolehi atau dikunjungi oleh rakyatnya, seperti yang telah kami dedahkan dahulu. Kadar kematian di kalangan kaum ibu semasa bersalin adalah 3 kali ganda dari kalangan ibu-ibu di negeri-negeri lain di Malaysia, dan 10 kali ganda berbanding dengan di UK dan Australia.
Ke manakah pergi semua wang itu? Siapakah sebenarnya yang menikmati kemajuan dan pembangunan? Ketika Taib Mahmud akan meraikan ulangtahun ke-30 sebagai Ketua Menteri, kami mengambil keputusan untuk menerbitkan beberapa gambar dan imej yang telah dihantar oleh pembaca-pembaca setia kepada Sarawak Report. Taib bersaudara terdiri dari 10 orang , dan beliau mempunyai 4 orang anak dan ramai lagi ahli keluarga yang lainnya yang turut mendiami rumah-rumah mewah seperti beliau.
Keluarga-keluarga para kroni politik dan perniagaannya pula, di mana gambar-gambar rumah mewah mereka juga kami terbitkan di sini, adalah golongan individu yang paling bertuah yang telah menerima dan menikmati hidup hasil dari pemberian tanah-tanah NCR yang diasingkan dari NCR orang-orang asal, oleh Taib Mahmud sebagai ketua Menteri, juga selaku Menteri Sumber dan Perancangan, juga selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Perkayuan Sarawak (STIDC), juga selaku Pengerusi LCDA, dan jawatan-jawatan utama yang lain yang memberikan beliau segala kuasa ke atas Kerajaan Sarawak dan sumber-sumber asli negeri ini.
Sumber : Sarawak Report

Feb 17, 2011

Jikalah Sarawak Ini Wujud Sebagai Sebuah Negara Berdaulat, Aku Dapat Bayangkan Nasib Taib Mahmud Besar Kemungkinan Seperti Hosni Mubarak Di Mesir…..

Namun begitu, Taib Mahmud terselamat kerana dia berselindung di bawah sebuah negara yang bernama Malaysia. Kewujudan Sarawak sebagai sebuah wilayah di bawah naungan Malaysia telah menutup bau busuk Taib Mahmud di arena antarabangsa dan ditambah lagi oleh sikap kerajaan pusat di Kuala Lumpur yang suka menyelamatkan kuncu BNnya. Najib telah melindungi seorang yang betul-betul  telah banyak memeras rakyat Sarawak. Orang Sarawak mungkin tidak melontarkan berang mereka pada Najib pada ketika ini, tetapi aku percaya dalam jangka masa panjang, mereka akan menyedari apa yang Najib telah lakukan dengan menyelamatkan seorang yang pernah memeras dan menekan mereka. (rujuk : http://lakegsemang.blogspot.com/2011/01/taib-mahmud-berselindung-di-belakang-bn.html)
Inilah Hosni Mubarak Yang Digulingkan Oleh Kuasa Rakyat Mesir
Apa yang telah Taib Mahmud lakukan di negeri Sarawak ini sama sahaja dengan apa yang Hosni Mubarak telah lakukan di Mesir. Taib Mahmud telah memerintah Sarawak selama 30 tahun sejak tahun 1981. Begitu juga dengan Hosni Mubarak telah berkuasa di Mesir sejak tahun 1981, iaitu selama 30 tahun sama seperti Taib Mahmud.
Ini Pula Si Pemeras Rakyat Sarawak. Rekodnya Betul-betul Sama Seperti Hosni Mubarak
Bukti telah tercatat dalam sejarah dan beberapa peristiwa serupa di negara jiran terdekat kita sebelum ini. Rakyat Filina telah menghancurkan Presiden Marcos pada tahun 1986. Begitu juga dengan Suharto di Indonesia. Semua mereka memerintah negara mereka melebihi 30 tahun ke atas. Semakin lama seseorang itu berkuasa, semakin taksuk dia melakukan pemerasan dan rasuah. Justeru, Taib Mahmud tidak terkecuali melakukan semua itu. Dia bukan tuhan. Dia juga manusia biasa seperti kebanyakan rakyat Sarawak. Malah dia merupakan seorang yang terkenal mempunyai bomoh. Bomoh bererti syaitan. Dia tidak boleh menafikan yang dia tidak pernah melakukan pemerasan dan rasuah terhadap rakyat Sarawak.
Suharto - Mantan Kuku Besi Indonesia
Nasib baik Sarawak bukan sebuah wilayah padang pasir seperti Mesir. Rakyat Sarawak terutama sekali di pedalaman yang diperas dan dirompak hak mereka masih dapat meneruskan hidup mereka di negeri ini dengan usaha mereka sendiri untuk mendapatkan nafkah hidup harian mereka tanpa ehsan dan bantuan kerajaan BN Taib Mahmud.
Marcos - Mantan Kuku Besi Filipina
Ayuh rakyat Sarawak ! Sedarlah. Pilihanraya negeri Sarawak tinggal beberapa minggu saja lagi. Perjuangan ini bukan perjuangan individu. Perjuangan ini adalah untuk rakyat Sarawak yang merana dan ditekan dan dinafikan hak-hak mereka. Kuasa penyingkiran Taib Mahmud ada pada tangan kecil anda. Mengalahkan BN Sarawak dalam  pilihanraya bererti kita memulakan transformasi untuk rakyat Sarawak. Jangan mudah terpedaya dengan politik ugutan dan menakut-nakut pengundi oleh BN Sarawak. Tetapkan pendirian dan undilah calon yang bukan calon BN Sarawak.