Jan 23, 2011

Cakap Tak Serupa Bikin, Itulah Kerja Taib Dan Kuncunya Awang Tengah

Lo… lagi-lagi Taib nak pusing fakta. Awang Tengah pun diajarnya turut pusing fakta. Taib ni cukup licik. Tak hairanlah aku tengok dia bergayut-gayut pegang jawatan Ketua Menteri selama 30 tahun.
Enjoy, Tapi Rakyat Sedang Meronta-Ronta Keperitan Hidup..
Dalam program Dialog RTM tv1 jam 10 malam hari Rabu lalu, Taib kata, di Sungai Asap dan Belaga, semuanya bagus tak ada masalah. Di seluruh Sarawak juga baik, tak ada masalah. Awang Tengah, kuncu nombor satu Taib pun turut kata begitu dalam program Bicara Rakyat RTM tv1 jam 10 malam pada hari Jumaat lalu. Kedua-dua orang ini sama aja. Kedua-dua rambut pun aku tengok beruban. Kedua-kedua mereka kata, semua masalah di Sarawak ni tak serious, tak besar.
Inilah Awang Tengah

Dalam kedua-dua rancangan tersebut, kedua-dua mereka menyalahkan kemerosotan ekonomi dunia tahun 1998 sebagai punca utama masalah di Sungai Asap. Pandai betul Taib dan Awang  Tengah ni nak melarikan diri daripada tuduhan orang Sarawak. 

Taib tau masalah ekonomi melanda dunia pada tahun 1998, tapi dia tindas pula orang Asap dengan hanya memberi tiga ekar saja tanah pada satu keluarga di Asap. Orang Asap minta 10 hingga 15 ekar ketika itu, dia kata, 3 ekar dah lebih dari cukup. Lo...pandai betul Taib ni bersendiwara.

Penyakit BN Sarawak pimpinan Taib ialah seperti berikut:-

Ø      suka menyembunyikan masalah rakyat Sarawak
Ø      suka menyembunyikan kebenaran
Ø      suka tonjol yang dia saja yang betul
Ø      pantang mengaku buat silap
Ø      dia saja yang pandai
Ø      rakyat tak pandai dan rakyat wajib ikut aja apa dia cakap

(Semua sifat tersebut di atas amat bertentangan dengan transformasi Najib)

Bila Taib bersama kuncunya Awang Tengah beritahu scenario masalah Sarawak pada Najib, mereka tanya bos Tanah dan Survei Sarawak dulu. Mereka juga tanya pada Setiausaha Negeri Sarawak. Tak ketinggalan juga mereka tanya maklumat dari opis Residen dan opis DO. Lo…Apa tidaknya, bos Tanah dan Survei Sarawak, Setiausaha Negeri Sarawak, Residen-Residen dan Do-Do di seluruh Sarawak, semuanya adalah bapa pembodek dan pengampu Taib.

Kalau macam tu keadaannya, macam manalah Taib dan Awang Tengah cakap betul. Macam mana mereka cakap kebenaran. Semua yang mereka cakap adalah dusta dan bohong-bohong belaka. Najib ditipunya bulat-bulat, dan dia kata semua keadaan di Sarawak tak ada masalah. Semuanya baik-baik.
Semuanya Angkara Polisi Taib
Tapi, senyap-senyap pula dia nak tipu Najib. Dia minta nak adakan pilihanraya negeri serentak dengan Najib. Sebenarnya Taib sedar yang dia dalam keadaan terdesak, kerana itu dia nak adakan pilihanraya serentak dengan Najib kerana nak tumpang populariti Najib. Lol… licik betul engkau Taib. Engkau ingat Najib tu bodohkah. Kalau dia bodoh, takkan dia pegang jawatan PM. 

Jan 18, 2011

Ke Mana Engkau Telah Guna RM3 Juta Wang Tabung Amanah Bakun James ?

Kebetulan aku duduk dengar berita ringkas tengah hari siaran radio bahasa Melayu FM Sarawak pada 17hb Januari 2011. Sedang aku mendengar, aku tersentak seketika. Menurut berita ringkas tersebut, jumlah wang tunai yang ada dalam akaun Tabung Amanah Bakun ialah RM12 juta, iaitu suatu jumlah setelah James Masing terima sumbangan Najib sebanyak RM5 juta di Asap pada 15hb Januari 2011 baru-baru ini.
Eh, siapa yang sorok duit ?
Aku teringat tahun 1995, iaitu tahun di mana Tabung Amanah Bakun terima wang sebanyak RM10 juta. Tahun itu juga ialah tahun pembentukan Tabung Amanah Bakun. Pada tahun tersebut, bertempat di Sibu, Tabung Amanah Bakun telah terima RM5 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan. RM5 juta lagi dari Kerajaan Negeri. RM5 juta yang sepatutnya diberi oleh Teng Pek Khing tidak menjadi kenyataan.

Sejak tahun tersebut, Tabung Amanah Bakun memiliki RM10 juta sehinggalah pada 15hb Januari 2011 apabila Najib menyumbang RM5 juta lagi. Apabila dikira secara matematik, RM3 juta telah dibelanja dan ini berdasarkan pengumuman seperti tersebut di atas.
Inilah
Rupa James

Orang Belaga tertanya-tanya apakah objektif penubuhan Tabung Amanah Bakun ? Bolehkah James Masing jelaskan semua itu ? Wang sebanyak RM3 juta telah dibelanjakan. Bolehkah James Masing pamerkan di papan notis Pejabat Daerah Belaga, juga di papan notis Pejabat Daerah Kecil Asap siapa penerima biasiswa Tabung Amanah Bakun ? Jika ada pelaburan, bolehkah James Masing jelaskan kepada rakyat Belaga ? Apakah pelaburan tersebut menepati objetif penubuhan Tabung Amanah Bakun ? Ayuh James ! Jangan main sembunyi-sembunyilah James. Tunjukkan keikhlasan kamu ! Tunjukkan ketelusan kamu ! Di mana James Masing yang pernah lantang bersuara dalam PBDS seperti James Masing pada tahun-tahun 1980an dulu ? 

Jan 15, 2011

Loh...Khabarnya Najib Telah Approved Projek Untuk Orang Belaga.

Aku dengar Najib dah aprof projek untuk orang Belaga. Aku dengar projek jalanraya dari Bakun ke Belaga dah aprof. Baguslah begitu Najib. Ada lagi projek lainkah ? Kalau ada, bagus jugalah tu. Aku juga dengar Najib suruh supaya askar aja yang bina projek tu. Lol.. frustlah kuncu-kuncu BN Sarawak. Kan mereka selama ni selalu ambil komisen dan bahagian dalam projek. Kan mereka nak masuk poket mereka. Dah tentulah mereka menyumpah-nyumpah engkau Najib. Dalam hati kecil mereka, mereka berkata, “Celaka engkau Najib.”
Beginilah Kebiasaan Pakaian Kostum Bila Menyambut Ketibaan VIP di Kalangan Orang Ulu
James Masing dah tentu frust. Kan dulu, bila projek sekolah menengah diaprof untuk orang Belaga, James Masing rampas. Duit SMK Bakun untuk Belaga dulu dirampas. Dia buat SMK Bakun di Kapit. Orang Belaga pun bising. Lama betul orang Belaga bising. Sampai ada orang Belaga simpan dendam kat James Masing. Kerana takut, maka SMK Bakun yang baru pun dibuat di Asap. Tapi, sekolah itu sekolah miskin. Sekolah tumpang kat sekolah rendah Asap. Duit SMK Bakun yang asal dah James Masing rampas beri orang Kapit. Inilah kerja James Masing. Dia selalu mengintai-intai projek dan hak orang Belaga dan rampasnya untuk orang Kapit. James Masing cemburu orang Belaga ada projek lebih dari orang Kapit.

Itu hanya satu contoh aja. Banyak lagi projek dan hak orang Belaga dikacau dan dicuri oleh James Masing. Apa dah jadi dengan wang RM10 juta Tabung Amanah Bakun Masing ? Orang Belaga nak tau, ke mana kamu guna wang itu ? Tolonglah telus dan pamer semua nama-nama orang yang kena sekolah sif Tabung Amanah Bakun ? Tolong juga telus, ke mana James Masing labur wang-wang Amanah Bakun ? Kan itu hak orang Belaga. Kalau dah hak orang Belaga, dah tentulah mereka nak tau ke mana wang Tabung Amanah Bakun dipakai ? 

Aku juga dengar Liwan bermati-matian jumpa Najib untuk minta dia datang Belaga. Liwan buat begitu kerana kena tekanan kuat politik orang Belaga. Orang Belaga sekarang dah sedar dari tidur. Generasi baru Belaga sekarang bukan bodoh macam bapa akek-nenek orang Belaga dulu. Itulah guna kita ada sistem check and balance. Itulah guna kita ada pembangkang. Bila Liwan jumpa Najib dan minta dia datang jenguk Belaga, aku dengar Taib pun meradang. Masing juga meradang. Awang Tengah juga aku dengar meradang. Buat apa engkau orang meradang. Kalau betul Liwan buat begitu, aku ucap tahniah dan syabas pada Liwan. Itulah guna kita ada wakil rakyat. Dia bukan buat jahat. Dia bukan kacau hak Taib. Liwan juga bukan kacau hak Masing dan Awang Tengah. Liwan cuba untuk berjasa untuk rakyat, itu aja. Dia bukan nak merompak harta engkau orang. Dia bukan nak membodek macam Jabu. Dia juga bukan nak masuk poket macam James Masing. 

Walau pun Liwan dah buat jasa sikit dengan ajak Najib jenguk Belaga, itu hanyalah titik permulaan. Aku lihat James Masing masih jadi penghalang usaha Liwan seterusnya. Taib juga penghalang nombor satu. Jika Liwan nak orang Belaga beri sokongan penuh padanya, aku cabar Liwan keluar PRS. Aku cabar Liwan keluar BN Sarawak. Selagi Liwan berada dalam kangkangan Taib dan Masing selagi itulah engkau dalam tekanan Liwan. Engkau akan disuis ke silent mode. Mulut engkau akan terkatup. Kalau dah mulut terkatup, engkau bukan lagi seorang wakil rakyat yang berkesan. Ha..ha..ha…! Liwan, Liwan.  Bernama juga beritahu yang Najib belum lagi bersedia dan buat keputusan jual Bakun pada Taib. Padan muka engkau Taib. (rujuk : http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=556965)

Jan 12, 2011

Najib Nak Menjenguk Belaga ?

Lol…khabarnya PM Najib nak menjenguk tengok-tengok apa perkembangan orang Belaga. Betulkah ? Aku dengar borak orang kat kedai kopi, dia datang pada 15hb Januari ini. Patutlah aku tengok opis DO sibuk-sibuk. Opis-opis perintah yang lain pun aku tengok sibuk. Selalunya aku tengok Belaga ni sunyi aja, macam pekan berhantu.
Bisikan Hati Kecil Najib; "Apalah dengan engkau ni Taib! Engkau suka tipu ya. Nantilah engkau tau. Aku akan suruh SPRM siasat engkau, baru padan muka engkau !"
Lol..pekan Belaga jadi pekan berhantu gara-gara Taib. Semua orang lintang-putang entah dihalau ke mana. Taib suruh buat penempatan baru di Asap, sunyilah pekan Belaga.

Dulu bila Taib datang kempen untuk Liwan pada pilihanraya 2006 dan singgah kat SK Abun Matu, dia kata, buat jalanraya dari Bintulu ke Belaga tak dapat kerana terlalu bergunung-ganang. Betulkah ni Taib ? Tapi buat projek empangan Bakun dapat. Jalanraya Bintulu ke Bakun tak bergunung-ganangkah ? Buat projek empangan Bakun tu murahkah ?

Lol…nyahlah dasar pendusta engkau tu Taib. Dasar pembohong. Najib pening kepala kerana Taib suka main api dan cukup nakal. Itulah sebab Najib nak menjenguk apa dah jadi di pedalaman Sarawak, terutama di Belaga. Semua balak-balak dah dikontrol Taib. Duit-duit balak dah disembunyi di luar negara. 

Padanlah muka engkau Najib kerana mau bergeng dengan Taib. Engkau belum lagi kenal siapa Taib tu. Orang Sarawak tau siapa tu Taib. Orang Belaga pun tau siapa itu Taib. Semua orang tau siapa tu Taib. Arap engkau sedarlah Najib ?

Jan 9, 2011

Taib Mahmud Berselindung di Belakang BN Pusat

Perbezaan di antara BN Pusat dan BN Sarawak pimpinan Taib Mahmud bagaikan bumi dan langit. Slogan BN Pusat pimpinan Najib ialah 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, manakala slogan BN Taib Mahmud ialah 1Sarawak: Kaum-Keluarga Didahulukan, Kuncu-Kroni Diutamakan (sila rujuk: http://lakegsemang.blogspot.com/2010/08/rintihan-dari-hidro-bakun.html)

Sejak Najib jadi PM, dia nampaknya sedang berusaha untuk memperbaiki dirinya dan cuba untuk memperkayakan rakyat Malaysia melalui kempennya dalam bajet Malaysia baru-baru ini (bertujuan untuk mencapai pendapatan  US$15,000.00). Lol…..bolehkah anda lakunya Najib ? Terlalu banyak musang berbulu ayam dalam BN Sarawak….(Taib sedang berselindung di tabir transformasi Najib)
Kekayaan Taib di Luar Negara : 

Namun begitu, nun di Sarawak, Taib bersama dengan parti komponen BNnya sedang menggunakan taktik memiskinkan rakyat Sarawak. Itulah taktik Taib untuk terus berkuasa. Dia memiskinkan lawan politiknya secara halus sejak tahun 1981 lagi. Tak ada duit, bererti tak ada taring lagi, walaupun lawannya itu seorang yang berpendidikan tinggi. Polisi pembangunan Taib dan kabinetnya amat bertentangan dengan polisi Najib. Taib memiskinkan lawannya, sedangkan Najib sedar dan oleh itu mentransformasikan UMNO. (sila rujuk: http://www.sarawakreport.org/news/)

Anda lihat saja di seluruh Malaysia. Anda periksa Ketua Menteri dan Menteri Besar di setiap negeri. Apakah mereka orang yang sama sejak tahun 1981 lagi ? Sudah tentu tidak, bukan ? Ayoh orang Sarawak, bangun dan bangkitlah ! Jangan melamun kerana lantikan-lantikan manis seperti lantikan menjadi Tuai Rumah, jadi Ketua Kampong, jadi Penghulu, jadi Pemanca, jadi Temenggong ataupun jadi kaunselor Majlis Daerah Tempatan.

Itu semua hanyalah umpan-umpan yang terus meletakkan Taib, Jabu, George Chan, Masing dan ramai lagi untuk terus memeras orang Sarawak. Tanah-tanah adat orang Sarawak terus diambil dan diberi kepada orang-orang entah dari mana asalnya orang berkenaan. Akhirnya orang asal Sarawak menjadi orang pelarian di atas bumi sendiri. Mata orang Sarawak berkedip-kedip, hanya mampu untuk memerhati saja kerana tidak bertaring dan miskin. Bukan saja miskin, tapi miskin tegar. Miskin tegar angkara polisi kotor Taib dan kroninya.

Hanya satu saja cara kita untuk mengubah semua itu. Anda tahu bagaimana caranya ? Anda patut sedar cara mengubahnya. Ia ada pada tangan anda. Kuasa itu terletak di tangan anda, tapi anda tidak menggunakannya dengan sepatutnya. Itulah kuasa yang ada pada anda melalui system demokrasi iaitu pilihanraya.

Pilihanraya Sarawak tinggal beberapa bulan saja lagi. Itulah masa dan waktu yang baik bagi anda untuk mencampakkan si perompak harta rakyat Sarawak jauh ke dunia neraka. Kalau anda tidak melakukannya, tiada siapa yang akan membantumu lagi. Ayoh bangkitlah dan singkirlah BN Sarawak pimpinan Taib, nescaya perubahan dan transformasi dalam negeri ini dapat dipacu dengan adil untuk kesejahteraan semua orang Sarawak. Pilihlah calon yang bukan dari kalangan BN Sarawak. Ayoh ! Rakyat Sarawak boleh lakukannya !

Jan 6, 2011

James Masing, Orang yang bertanggungjawab menjadikan Belaga Mundur

Kalau saya berkata, James Jemut Masing adalah orang yang bertanggungjawab menyebabkan pembangunan daerah Belaga menjadi kaku, anda tidak akan percaya. James Masing dan parti PRSnya adalah pembawa bencana kepada orang Belaga. Ramai orang Belaga tidak sedar apa yang James Masing dan PRS telah laku dan menjahanamkan daerah dan orang Belaga.
Bakal DYMM Sultan Sarawak
Semua orang Belaga yang menyokong James Masing dan PRS adalah tali barut yang menyebabkan taring-taring dan hero-hero orang Belaga jatuh tersungkur. Kalau orang Belaga menjadi penyokong PRS, seterusnya menyokong James Masing, secara tidak langsung, orang Belaga telah memperkuatkan hasrat Taib Mahmud untuk membolot semua harta kekayaan di bumi Belaga.
Jabu - Raja Pembodek & Pengampu/Tali Barut DYMM Sultan Sarawak
James Jemut Masing adalah tali barut Taib Mahmud. Liwan Lagang adalah tali barut James Masing dan Taib Mahmud. Semua komponen BN Sarawak (PBB, PRS, SUPP & SPDP) adalah tali barut Taib Mahmud. Jika anda mengundi dan menyokong BN Sarawak, anda sedang mempersiapkan Taib Mahmud untuk menjadi Sultan Sarawak, maka terbentuklah dinasti kesultanan Sarawak sama seperti kesultanan Brunei.
Masing - Tali Barut No. 1
Apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Sarawak meninggal dunia, secara otomatik, tempatnya akan diambil alih oleh ahli keluarganya untuk meneruskan kesinambungan dinasti sultan Sarawak. Seterusnya system pilihanraya akan dimansuhkan dan bermulalah system dinasti dan kesultanan Sarawak. Apakah anda suka semua itu ? Dengan itu cita-cita bakal DYMM Sultan Sarawak pun tercapai. Orang Sarawak akan terus berputih mata dan terkapai-kapai.

Jan 5, 2011

Ayoh ! Kelunan Belagah, Bangkitlah !

Ayoh ! Itam kelunan Belagah, sedar dan bangkitlah dari tidur. Saya ingin membawa anda merenung kembali sejak Belaga khususnya dan Sarawak amnya memperolehi kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963, iaitu 47 tahun yang lalu.
Tasek Empangan Bakun, sumber Kekayaan Regim Taib Mahmud

Sejak 47 tahun berlalu, apa yang orang Belaga dapat ? Semenjak 47 tahun lalu, mereka yang lahir pada tahun tersebut telah bercicit, tetapi apakah pembangunan yang orang Belaga perolehi ? Apakah taraf hidup orang Belaga telah meningkat setaraf dan berpendapatan sederhana dan tinggi untuk menampung kehidupan seharian ? Aku rasa, malah taraf hidup kelunan Belagah semakin menurun dan terus merudum menurun. Anda tahu, apakah sebabnya ?
Syarikat Balak Terus Mengambil Balak di Tasek Empangan Bakun. Orang Belaga Berputih Mata

Harta-harta kekayaan dan hasil bumi Belaga terus digondol dan dirampas oleh orang luar. Orang Belaga telah terlalu lama sengsara, malah orang Belaga rela mengorbankan buminya untuk menjana ekonomi regim Taib Mahmud dan kuncu-kuncunya. Contoh pengorbanan orang Belaga ialah merelakan pembinaan empangan Bakun dan pembalakan di seluruh bumi Belaga.

Berbilion wang masuk ke daerah Belaga untuk pembinaan empangan Bakun dan syarikat-syarikat pembalakan, tetapi apa yang orang Belaga dapat ? Malah tanah pusaka dirampas dan menjadi orang pelarian di atas bumi sendiri. Tapi, kenapa orang Belaga sangat tolol dan terus mengundi calon BN Sarawak (BN Sarawak ialah PRS, PBB, SUPP & SPDP). Orang Belaga tidak serikkah ?

Malah sejarah menunjukkan, BN Sarawak terus bermaharajalela memerintah Sarawak sejak 47 tahun lalu. Pembangkang tidak pernah diberi peluang. Bagaimana mungkin kita boleh mengatakan pembangkang tidak mampu memerintah kerana rekod pembangkang adalah bersih dan belum pernah merintah Sarawak.

Apabila kita merdeka 47 tahun lalu, kita telah memilih ideology demokarasi dan bukannya ideology komunis atau regim ala tentera mahupun kuku besi atau system feudal.  Apakah anda faham apa itu demokrasi ? Untuk senang difahami, demokrasi bermaksud ialah kebebasan untuk memilih kerajaan untuk berkuasa dan memerintah. Prosesnya ialah melalui pilihanraya. Dalam pilihanraya, anda berhak untuk memilih calon yang disukai anda. Jika anda diugut atau disogok, anda wajib dan berhak melaporkan si penyogok dan si pengugut mengikut lunas undang-undang Malaysia.
Rumah Panjang Bertukar Menjadi Jelatung Tanpa Bayaran Pampasan

Hei… kelunan Belagah ! Sedar dan bangkitlah dan tunaikan tanggungjawab kamu untuk mendapatkan hak kesejahteraan hidupmu serta ahli-ahli keluargamu. Jangan melamun kerana janji projek segera dan wang segera yang menjadi umpan BN Sarawak pada pilihanraya. Kalau anda tidak mengubah hidupmu di bumi Belaga, tiada siapa yang akan membantumu. Anda dan ahli keluargamu akan terus terkapai-kapai dan jangan menyalahkan orang lain kerana kealpamu sendiri. Bangkitlah !