Mar 1, 2011

Hentikan Rasuah Pembalakan : Minggu Tindakan Awam Antarabangsa

Beginilah Protes Di Depan Harta Mewah Taib, Ridgeford Properties Di Central London
Kota London telah menjadi pentas rapat umum secara aman peringkat antarabangsa untuk menunjukkan bantahan terhadap Taib Mahmud, dan juga bersempena sambutan ulangtahun ke-30 beliau telah menjadi Ketua Menteri. Mereka mengadakan rapat umum berkenaan di luar ibupejabat harta mewah milik syarikat Taib di Central London, iaitu Ridgeford Porperties. Ramai para penunjuk perasan yang terdiri dari pelbagai kaum dan kewarganegaraan seperti Malaysia, orang-orang Sarawak dan juga warga Britain yang turut hadir untuk menyampai mesej mereka. “30 tahun itu sudah cukup lama”! Mesej-mesej pada sepanduk-sepanduk dan kain-kain rentang telah digunakan dan begitu juga maskot seekor monyet menari-nari di kalangan para penunjuk perasaan, sebagai mengingatkan pihak media yang hadir bahawa sokongan diperlukan oleh kaum-kaum asli di Sarawak dan juga haiwan-haiwan di hutan Sarawak yang telah terjejas akibat kerakusan Taib!

.Tunjuk perasaan secara aman itu telah dirancang bagi memperingati 30 tahun Taib menjadi Ketua Menteri, yang jatuh pada tarikh 26hb Mac. Ketua Menteri yang sudah lanjut usia itu telah menjelaskan bahawa dia tetap akan bertanding pada pilihanraya-pilihanraya yang akan datang – beliau telah mengahwini isteri mudanya sebagai membuktikan kepada para rakyat bahawa dia mampu untuk meneruskan perjuangannya dalam politik. Walau bagaimanapun, dunia kini menyaksikan beberapa pemimpin dunia yang kecundang seorang demi seorang dalam protes-protes terkemuka di rantau Asia Barat, maka adalah wajar dan adil dikatakan di sini bahawa masa kini tidak lagi sesuai untuk beliau yang sudah berusia mencecah 75 tahun itu terus berjuang.
Bermacam-Macam Mesej Dan Cogankata Digunakan 
Cogankata-cogankata

Mesej-mesej yang tertulis pada kain-kain rentang dan sepanduk-sepanduk ditunjukkan sebagai mewakili pandangan dan pendapat para penunjuk perasaan di London, tetapi  tidak dapat dilakukan di bumi Sarawak. Salah satu daripadanya berbunyi: “Bekukan Aset-aset Taib Sekarang”, yang menggambarkan apa yang telah terjadi kepada bekas pemimpin Mesir Hosni Mubarak dan Ben Ali dari Tunisia. “Hormatilah Hak-Hak Peribumi”, “Selamatkan Hutan Borneo”, “Selamatkan Hutan-hujan Sarawak”, “Hentikan Pembalakan Haram atas Tanah Orang-orang Asli”, “Jutaan Milik Taib Mewujudkan Empayar Hartanya” dan “Hentikan Rasuah Pembalakan” merupakan sebahagian dari mesej-mesej yang dihantar kepada Taib di Sarawak pada hari ini.

Sumber : Sarawak Report

2 comments:

burung tiyung said...

salam semua buat rakan yg rajin mberi komen dlm ruangan maya ini. Spt tajuk tsbut, nampaknya lake uban sudah 'ngedel' juga sikit skrg sbab di luar negara sudah mula ada protes thdp beliau wlpun rcgan pihak ttentu utk mgumpul org di kch skitar 2 mgu lpas tdk mjd kyataan tpi skrg2nya ada bantahan di luar negara. Jd hrp hrplah lake ayak itu fhm fhmlah kmahuan rkyat. Lbh baik berundur cara TBAIK sblum diundurkan dgn cara pgulingan mcm apa blaku di bbpa negara asia barat skrg. Jgn asyik mgata blum ada calon2 yg btul2 dpt dilantik jd pganti. Apa smua org swk 'buduh' kah? Lgsung 1 pun tdk ada kmampuan. Skrg tengok sja berita di tv, smua rgkaian tv di msia smua gaya pmberita tlampau bias. Sudah tdk mahu mnonton berita akhr2 ini. Smua hentam PR. Smua yg baik2 saja ttg bn. Yg busuk ditapuk. Saya dgr di asap skrg byk yg gaduh2 ssma sdiri krna dgar cerita harga rmh lama mahu dibayar. Minta org di asap waspada dgn apa jua muslihat. Kiranya benar juga harga rmh diberi, knapa baru nak plhanrya baru nak beri. Bthn2 pkara ini tlh dikmukakan kpd krjaan neg dibwh lake uban tpi no respons. Harga rmh itu mmg hak ryat bkn hak pmrintah. Buat org asap jgn swenang wenangnya mahu terima harga tu tanpa usul periksa. Ada interest kah? Bpa tahun harga rumah tu disimpan. Bpa anak duit itu?? Itu blum lagi mslh2 lain yg byk tdk diktahui olh rakyat. Duit sewa 1 blok bangunan di pekan belaga yg didakwa milik TAB tapi kenapa harga sewa dibyr kpd akaun individu ttentu yg bpengaruh di belaga?? Jgn tak pnah puas 'pehembek' rkyat belaga lah. Cukup2 lah pnindasan dilakukan kpd org belaga. Apa smua projek diberi olh pm ms lawatan ke belaga pd 15 jan lpas, itu mmg patut dibuat utk rakyat. Bpa hsl sumber kayu balak swk, hsl sawit, hsl minyak, smua tu bpa msuk pket mereka??? Jd smua kmudahan prasarana, baik api elektrik, air bersih, jlnraya, klinik, sekolah mmg itu hak rakyat yg mana perlu dibina. Mcm skrg kata kata pujian olh asap koyan 2u mgtakan mslh2 di belaga sudah slesai hsil usaha bn kata dia. Saya nak tanyalah, bpa puluh tahun projek itu diminta olh rkyat belaga. Knapa baru thun ini, mahu ditunaikan? Knapa takutkah dgn gelombang yg blku di msia skrg mjd bn takut kpd bayang2 sdiri?? Hrp rakyat belaga jgn undi bn.

idang bulan said...

Tengok saja hari ini, gambar sdra Lajang dr kaum ukit, bapa bato bagi dr uma balui & bbpa lagi org kluar muka mereka dlm bbpa blog & berita awani cuma jd berita kaki saja. Inilah sifat kita mahu. Biar kita berani lwn krna hak kita sbg org asal belaga. Apa yg org kita di asap bangga. krna ada kmudahan smua kah? Ada asto di kpg, bkn free sdiri bli dan byr. Bgtu juga blanja dapur. Tdk bli dr pasar, tdk ada 'but'. Smua harga di kedai juga amat mahal. Ingat senang kah mhuni kws di pnmpatan smula asap. Smua plu byr. Bgmana org yg btul2 susah btambah susah. Suasana hidup mcm di kmpg lama sudah hilang. Krg budaya bgaul, sebab msg2 mahu mgejar ssuap rzki agar terus btahan. Dulu di kpg lama, ruai2 , ada saja org tua duduk di luar, skrg siang hari pun payah tengok org bborak. Cuma kita yg bgelar org asal kpg lama di ulu balui saja yg dapat mbezakan suasana ini. Sedih ada, sakit hati ada dan rindu pun ada. Jd saya hrp org2 belaga cubalah tukar kerajaan yg ada skrg.