Feb 17, 2011

Jikalah Sarawak Ini Wujud Sebagai Sebuah Negara Berdaulat, Aku Dapat Bayangkan Nasib Taib Mahmud Besar Kemungkinan Seperti Hosni Mubarak Di Mesir…..

Namun begitu, Taib Mahmud terselamat kerana dia berselindung di bawah sebuah negara yang bernama Malaysia. Kewujudan Sarawak sebagai sebuah wilayah di bawah naungan Malaysia telah menutup bau busuk Taib Mahmud di arena antarabangsa dan ditambah lagi oleh sikap kerajaan pusat di Kuala Lumpur yang suka menyelamatkan kuncu BNnya. Najib telah melindungi seorang yang betul-betul  telah banyak memeras rakyat Sarawak. Orang Sarawak mungkin tidak melontarkan berang mereka pada Najib pada ketika ini, tetapi aku percaya dalam jangka masa panjang, mereka akan menyedari apa yang Najib telah lakukan dengan menyelamatkan seorang yang pernah memeras dan menekan mereka. (rujuk : http://lakegsemang.blogspot.com/2011/01/taib-mahmud-berselindung-di-belakang-bn.html)
Inilah Hosni Mubarak Yang Digulingkan Oleh Kuasa Rakyat Mesir
Apa yang telah Taib Mahmud lakukan di negeri Sarawak ini sama sahaja dengan apa yang Hosni Mubarak telah lakukan di Mesir. Taib Mahmud telah memerintah Sarawak selama 30 tahun sejak tahun 1981. Begitu juga dengan Hosni Mubarak telah berkuasa di Mesir sejak tahun 1981, iaitu selama 30 tahun sama seperti Taib Mahmud.
Ini Pula Si Pemeras Rakyat Sarawak. Rekodnya Betul-betul Sama Seperti Hosni Mubarak
Bukti telah tercatat dalam sejarah dan beberapa peristiwa serupa di negara jiran terdekat kita sebelum ini. Rakyat Filina telah menghancurkan Presiden Marcos pada tahun 1986. Begitu juga dengan Suharto di Indonesia. Semua mereka memerintah negara mereka melebihi 30 tahun ke atas. Semakin lama seseorang itu berkuasa, semakin taksuk dia melakukan pemerasan dan rasuah. Justeru, Taib Mahmud tidak terkecuali melakukan semua itu. Dia bukan tuhan. Dia juga manusia biasa seperti kebanyakan rakyat Sarawak. Malah dia merupakan seorang yang terkenal mempunyai bomoh. Bomoh bererti syaitan. Dia tidak boleh menafikan yang dia tidak pernah melakukan pemerasan dan rasuah terhadap rakyat Sarawak.
Suharto - Mantan Kuku Besi Indonesia
Nasib baik Sarawak bukan sebuah wilayah padang pasir seperti Mesir. Rakyat Sarawak terutama sekali di pedalaman yang diperas dan dirompak hak mereka masih dapat meneruskan hidup mereka di negeri ini dengan usaha mereka sendiri untuk mendapatkan nafkah hidup harian mereka tanpa ehsan dan bantuan kerajaan BN Taib Mahmud.
Marcos - Mantan Kuku Besi Filipina
Ayuh rakyat Sarawak ! Sedarlah. Pilihanraya negeri Sarawak tinggal beberapa minggu saja lagi. Perjuangan ini bukan perjuangan individu. Perjuangan ini adalah untuk rakyat Sarawak yang merana dan ditekan dan dinafikan hak-hak mereka. Kuasa penyingkiran Taib Mahmud ada pada tangan kecil anda. Mengalahkan BN Sarawak dalam  pilihanraya bererti kita memulakan transformasi untuk rakyat Sarawak. Jangan mudah terpedaya dengan politik ugutan dan menakut-nakut pengundi oleh BN Sarawak. Tetapkan pendirian dan undilah calon yang bukan calon BN Sarawak.  

3 comments:

Anak Semenanjung Malaysia said...

Saya setuju dengan pandangan Lakeg Semang. Taib Mahmud ini bermaharajalela di Sarawak tanpa diambil tindakan oleh pihak berkuasa di Kuala Lumpur. Sepatutnya, walaupun orang itu adalah kuncu kita dalam parti, jika dia terbukti melakukan rasuah, tindakan tetap diambil terhadapnya. Ini tidak, malah Datuk Seri Najib memilih untuk berdiam sahaja. Di mana undang-undang dan keadilan yang dilaung-laungkan oleh Barisan Nasional ?

Asok Kuman Daha said...

Asok kuman daha. Anan nah kurik deh. Lalek lan kah hembak tam kelunan sarawak nih. Itam uh jam Taib ngelakel itam, nun pah itam sokong ihak laan. Atek hembak lan tam kelunan sarawek nih.

Anak Sarawak said...

Btul itu LakegSemang. Saya sangat menyokong pandangan ini. Rakyat Sarawak perlu sedar dan singkirkan samseng yang kontrol negeri segera. Bebaskan cengkaman kuku besi Taib Mahmud dan BN Sarawak segera supaya kita sama-sama dapat mentransfomasikan negeri ini untuk kita semua. Bangkitlah rakyat Sarawak.