Jan 9, 2011

Taib Mahmud Berselindung di Belakang BN Pusat

Perbezaan di antara BN Pusat dan BN Sarawak pimpinan Taib Mahmud bagaikan bumi dan langit. Slogan BN Pusat pimpinan Najib ialah 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, manakala slogan BN Taib Mahmud ialah 1Sarawak: Kaum-Keluarga Didahulukan, Kuncu-Kroni Diutamakan (sila rujuk: http://lakegsemang.blogspot.com/2010/08/rintihan-dari-hidro-bakun.html)

Sejak Najib jadi PM, dia nampaknya sedang berusaha untuk memperbaiki dirinya dan cuba untuk memperkayakan rakyat Malaysia melalui kempennya dalam bajet Malaysia baru-baru ini (bertujuan untuk mencapai pendapatan  US$15,000.00). Lol…..bolehkah anda lakunya Najib ? Terlalu banyak musang berbulu ayam dalam BN Sarawak….(Taib sedang berselindung di tabir transformasi Najib)
Kekayaan Taib di Luar Negara : 

Namun begitu, nun di Sarawak, Taib bersama dengan parti komponen BNnya sedang menggunakan taktik memiskinkan rakyat Sarawak. Itulah taktik Taib untuk terus berkuasa. Dia memiskinkan lawan politiknya secara halus sejak tahun 1981 lagi. Tak ada duit, bererti tak ada taring lagi, walaupun lawannya itu seorang yang berpendidikan tinggi. Polisi pembangunan Taib dan kabinetnya amat bertentangan dengan polisi Najib. Taib memiskinkan lawannya, sedangkan Najib sedar dan oleh itu mentransformasikan UMNO. (sila rujuk: http://www.sarawakreport.org/news/)

Anda lihat saja di seluruh Malaysia. Anda periksa Ketua Menteri dan Menteri Besar di setiap negeri. Apakah mereka orang yang sama sejak tahun 1981 lagi ? Sudah tentu tidak, bukan ? Ayoh orang Sarawak, bangun dan bangkitlah ! Jangan melamun kerana lantikan-lantikan manis seperti lantikan menjadi Tuai Rumah, jadi Ketua Kampong, jadi Penghulu, jadi Pemanca, jadi Temenggong ataupun jadi kaunselor Majlis Daerah Tempatan.

Itu semua hanyalah umpan-umpan yang terus meletakkan Taib, Jabu, George Chan, Masing dan ramai lagi untuk terus memeras orang Sarawak. Tanah-tanah adat orang Sarawak terus diambil dan diberi kepada orang-orang entah dari mana asalnya orang berkenaan. Akhirnya orang asal Sarawak menjadi orang pelarian di atas bumi sendiri. Mata orang Sarawak berkedip-kedip, hanya mampu untuk memerhati saja kerana tidak bertaring dan miskin. Bukan saja miskin, tapi miskin tegar. Miskin tegar angkara polisi kotor Taib dan kroninya.

Hanya satu saja cara kita untuk mengubah semua itu. Anda tahu bagaimana caranya ? Anda patut sedar cara mengubahnya. Ia ada pada tangan anda. Kuasa itu terletak di tangan anda, tapi anda tidak menggunakannya dengan sepatutnya. Itulah kuasa yang ada pada anda melalui system demokrasi iaitu pilihanraya.

Pilihanraya Sarawak tinggal beberapa bulan saja lagi. Itulah masa dan waktu yang baik bagi anda untuk mencampakkan si perompak harta rakyat Sarawak jauh ke dunia neraka. Kalau anda tidak melakukannya, tiada siapa yang akan membantumu lagi. Ayoh bangkitlah dan singkirlah BN Sarawak pimpinan Taib, nescaya perubahan dan transformasi dalam negeri ini dapat dipacu dengan adil untuk kesejahteraan semua orang Sarawak. Pilihlah calon yang bukan dari kalangan BN Sarawak. Ayoh ! Rakyat Sarawak boleh lakukannya !

3 comments:

Anonymous said...

Huh ! Taib..malanglah orang Sarawak.

Pemerhati Politik Sarawak said...

Kamu menulis fakta yang betul. Saya rasa apa yang anda tulis itu memang satu realti yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana peminpin politik di Sarawak. Teruskan usaha kamu itu untuk memaklumkan orang-orang Sarawak di luar sana. Saya harap mereka turut sedar.

Rakyat Sarawak di Australia said...

Ho,ho,ho... Apa dah jadi dgn org Sarawak. Org Sarawak tunggulkah. Sangat memalukan. Taib seorang saja dapat menumpaskan seluruh rakyat Sarawak. Huh ! Amat bodoh dan memalukan.